Soal Jawab Produk

PERSOALAN TENTANG PRODUK GAMATEMAS
1. Bolehkah produk Gamatemas digunakan sekali dengan ubat-ubatan moden?
Boleh. Produk Gamatemas produk semulajadi dan selalunya tidak mendatangkan masalah jika diambil bersama dengan ubatan moden. Jika masih ragu, boleh dijarakkan pengambilannya selama setengah jam. 

2. Bolehkah produk Gamatemas ini diambil secara berterusan?
Memandangkan produk gamat eMas ini merupakan produk semulajadi yang berteraskan pemakanan kesihatan, maka anda digalakkan berbuat sedemikian.

3. Apakah kesannya jika saya memberhentikan penggunaan produk Gamatemas?
Produk Gamatemas merupakan produk kesihatan semulajadi. Ia tidak menyebabkan ketagihan. Oleh itu menghentikan pengambilan produk tersebut tidak akan menimbulkan kesan yang mudarat. Walaubagaimanapun bagi penyakit-penyakit tertentu, kadangkala tempoh mengamalkan produk Gamatemas untuk membantu merawat penyakit bergantung kepada keserasian individu dan kesan memberhentikan penggunaan produk Gamatemas perlulah diteliti mengikut kes-kes yang berasingan.

4. Apakah perbezaan produk Gamatemas dan produk gamat yang membanjiri pasaran buat masa ini?
Sebagai sebuah syarikat yang profesional, syarikat Gamat Emas Sdn Bhd cuba menengahkan motto "keunggulan tanpa keraguan". Oleh itu kami memastikan keberkesanan produk dengan menggunakan bahan mentah (estrak gamat) dari sumber tulin spesis Sticophus horren Selenka yang disahkan oleh Prof Ridzwan agar hasil produknya lebih menyerlah. Usahasama bersama Universiti tempatan dan rundingnasihat oleh konsultan GESB iaitu Prof Madya Dr Ridzwan Hashim bersama lebih dari 20 orang penyelidik yang khusus dalam bidang gamat ini menentukan produk ini sentiasa disokong oleh R & D secara berterusan. Penghasilan produk akan ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa berdasarkan penyelidikan yang dijalankan. Sementara piawaian kualiti dan rumusan formulasi dari SIRIM BHD pula menjaminkan suatu keyakinan terhadap produk yang dihasilkan bagi menfaat pengguna sekelian. Bagi menghasilkan produk yang bermutu, steril dan bersih, kami memastikan agar pengilangan produk di jalankan di kilang yang bertaraf GMP. Dan akhir sekali khusus bagi umat Islam, GESB mempunyai sijil halal yang di dapati dari Jabatan Agama Islam.

5. Apakah perbezaan antara Pati Gamat Plus biasa dan bervitamin?
  1. Rasanya berbeza
  2. Kelikatannya berbeza. PGPV disyorkan kepada mereka yang geli tekak untuk
    menelan jeli. Sesuai untuk kanak-kanak.
  3. Isipadunya berbeza.
  4. PGPV mengandungi fruktose (manis). Oleh itu untuk pesakit kencing manis
    adalah lebih disyorkan menggunakan PGP untuk mengelakkan was-was.
  5. PGPV mengandungi vitamin C (asid askorbik) yang sedikit asidik (masam)
    oleh itu kurang sesuai dimakan pada perut kosong untuk pesakit gastritis.
  6. PGPV mengandungi beta carotene yang bertindak sebagai anti-oksidans yang
    kuat untuk mengelakkan :
    • kanser
    • penyakit kardiovaskular
    • proses penuaan dan degenerasi.

6. Gamat ialah haiwan laut. Bolehkah ia menimbulkan kesan allergi atau alahan?
Allergi atau alahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa kita mengetahuinya terlebih dahulu. Ini bukan sahaja berlaku kepada produk gamat, malah kepada sebarang bahan yang dimakan. Tetapi gamat mempunyai kesan antihistamina yang dapat melawan alahan. Oleh itu jika terdapat kesan alahan setelah menggunakan produk gamat seperti ruam kulit, seeloknya dos dikurangkan separuh tetapi diteruskan. Selepas beberapa hari anda akan lihat kesan alahan tersebut akan beransur hilang disebabkan kesan anti alahan oleh gamat sendiri.


7. Bolehkan wanita mengandung mengambil produk Gamatemas?
Dari perspektif perubatan, penggunaan sebarang ubat-ubatan adalah tidak digalakkan ketika mengandung. Tetapi ubat yang diketahui selamat seperti Paracetamol, Piriton dll (berdasarkan pengalaman penggunaan ubat tersebut yang tidak mendatang kesan kepada proses pengandungan) adalah dibenarkan. Produk Gamatemas merupakan produk semulajadi dan berdasarkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut ketika mengandung, ianya tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada kandungan. Walaubagaimanapun digalakkan penggunaan produk hanya selepas 4 bulan mengandung. Ini untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul jika berlaku sesuatu kepada janin maka dikhuatiri produk Gamatemas akan disalahkan. Sebenarnya banyak perkara lain yang mempengaruhi kesihatan janin seperti pemakanan si ibu (kopi, nescafe, ubatan kimia dll), merokok, minuman keras, jangkitan, stress, faktor genetik dan mutasi dll. Aspek ini perlulah diambil kira bagi kes komplikasi pada janin ketika mengandung. Oleh itu gunakan produk Gamatemas pada penghujung tempoh mengandung (7 atau 8 bulan) ataupun paling selamat selepas bersalin.

8. Bolehkah saya menghentikan ubat hospital/klinik apabila saya menggunakan produk Gamatemas?
Jangan menghentikan pengambilan ubat-ubatan terutamanya bagi penyakit-penyakit serius seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dll. Produk Gamatemas boleh diambil bersekali dengan ubat tersebut. Contohnya jika anda seorang pengidap penyakit darah tinggi, kerapkan lawatan ulangan anda supaya tekanan darah anda akan diperiksa selalu. Jika tekanan darah anda sudahpun menurun, maka biarkan doktor yang merawat anda membuat keputusan samada untuk merendahkan dos ubat atau menghentikan pengambilan ubat anda tersebut. Penyakit yang ringan seperti resdung, sakit sendi, alahan, senggugut, migraine dll, bergantung lah kepada keperluan, maka anda boleh mengentikan pengambilan ubat tersebut.

9. Apakah penerangan yang perlu diberi untuk mengesyorkan produk BIOSEED ?
BIOSEED merupakan pemakanan yang seimbang yang sesuai dijadikan amalan untuk menjaga kesihatan pada kadar 1 paket sehari sebelum makan pagi.
  1. Ia tidak menyebabkan cirit birit seperti julap, cuma rasa lawas.
  2. Untuk menjaga kesihatan, perlulah menjaga kesihatan usus. Oleh itu perlulah
    mempunyai sistem penghadaman yang sihat dan bersih jika ingin mengamalkan
    pemakanan kesihatan yang lain.
  3. Harganya amat kompetitif dan adalah antara yang terendah di pasaran.
  4. Kesihatan tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.
  5. Pencegahan adalah lebih menjimatkan dan lebih selamat dari merawat.
  6. Untuk proses pencucian usus yang sempurna, perlulah digunakan menurut dos
    yang disyorkan selama sekurang-kurangnya 3 bulan.
  7. Boleh digunakan bersama-sama dengan ubat hospital. Boleh dijarakkan selama
    1 jam pada yang masih sangsi.
  8. Untuk tujuan menguruskan badan, perlulah diamalkan bersama senaman yang
    teratur dan penjagaan pemakanan yang tinggi dengan serat.
  9. Cara penggunaannya pula adalah seperti berikut :-

    • Bancuh dengan air suku gelas (suhu bilik) dan minum segera sebelum makan.
    • Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
    • Amalkan 1 paket 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 1 bulan.

10. Berapa lamakah selalunya kesan keberkesanan produk Gamatemas itu boleh dijangka?
Kesan produk Gamatemas selalunya sebaik selepas atau beberapa hari selepas menggunakannya. Walaubagaimanapun ini juga berlainan dari individu ke individu. Contohnya seperti penyakit hipertensi. Darah tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai punca atau etiologi. Jika sebabnya kerana salurdarah yang tersumbat, maka penggunaan produk Gamatemas cukup mujarab. Jika disebabkan oleh keadaan yang lain, ini bergantung keserasian individu tersebut. Secara am dinasihatkan menggunakan produk sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap keberkesanan produk tersebut. Ini disebabkan, kalau dilihat dari segi terjadinya sesuatu penyakit itu mengambil masa kemungkinan puluhan tahun, maka untuk meredakannya juga mengambil masa. Bersabarlah dan berikhtiarlah, jika diizinkan Tuhan, anda tetap akan merasakan perubahannya.


11. Adakah produk Gamatemas memberi sebarang kesan sampingan?
Produk Gamatemas adalah produk semulajadi yang mempunyai piawaian kualiti dan keselamatan oleh SIRIM. Kesan sampingan yang utama yang mungkin timbul ialah dari sudut kesan alahan dan kesan vasodilatasi(menurunkan tekanan darah). Ini telah diterangkan pada soalan terdahulu. Kadangkala mungkin juga berlaku kesan tindakbalas. Ini tidak boleh disamakan dengan kesan sampingan kerana ia lebih merupakan krisis pemulihan. Antara yang biasa didengar ialah letih, sakit sendi, pening dll. Jika berlaku kesan tindakbalas tersebut, jangan mudah panik. Kesan tindakbalas selalunya akan berhenti selepas beberapa hari. Dinasihatkan meneruskan pengambilan (samada dikurangkan dosnya seketika) dan lebihkan minum air kosong. InsyaAllah setelah beberapa hari, kesan tersebut akan berkurangan. Janganlah terus berhenti. Rujuk kepada tajuk 'Krisis Pemulihan'.

12. Gamat dikatakan boleh menurunkan tekanan darah. Bolehkah mereka yang mempunyai tekanan darah rendah mengamalkannya?
Tekanan darah rendah adalah subjektif maksudnya bergantung kepada individu. Bagi mereka yang mempunyai tekanan yang sangat rendah seperti 70/40, maka tidak digalakkan menggunakan produk gamat. Tetapi bagi wanita muda yang mempunyai tekanan darah 90/60, ini merupakan tekanan yang normal bagi mereka. Sememangnya tiada masalah untuk menggunakan produk gamat. Boleh juga dikesan dari simptom iaitu mereka yang merasakan pening atau hendak pitam setelah menggunakan produk gamat, dinasihatkan rendahkanlah dos. Jika masih berlaku, berhenti seketika (2 atau 3 hari). Kemudian cuba teruskan pada dos yang rendah. Jika masih berlaku, maka dinasihatkan untuk memeriksa tekanan darah dengan doktor. Jika rendah, berhenti dari memakan produk gamat. Tapi jika normal, ini mungkin kesan tindakbalas dan anda boleh meneruskan pengambilan produk gamat pada dos yang rendah sehingga anda berasa selesa. Barulah kemudiannya menggunakan pada dos seperti biasa.

13. Apakah produk Gamatemas ini perlu diambil secara berterusan.?
Produk Gamatemas merupakan produk pemakanan kesihatan. Ia diformulasikan untuk memainkan peranan mencegah dan merawat. Perlu atau tidak perlu itu bergantung kepada tahap mana anda menilaikan kesihatan anda. Jika anda seorang yang prihatin tentang kesihatan, teruskan pengamalan produk Gamatemas ini agar kesihatan anda lebih terjamin.


Keterangan Lanjut,
PN ROHANI - 010 5398322
DUTA GESB


No comments:

Post a Comment