Gamatemas

Apa itu Gamatemas? 

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Namun begitu, terdapat lagi individu yang masih keliru membezakan antara Gamat dan Timun Laut. Gamat merupakan famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii).
 

       Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim (kini Konsultan Gamat Emas Sdn Bhd) telah mempelopori penyelidikan Timun Laut di Malaysia bermula sejak tahun 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dengan kerjasama Ko-Nelayan Sabah dan beberapa agensi berkaitan. Rentetan daripada ini, beberapa kumpulan penyelidik dari universiti tempatan muncul dengan kajian-kajian tentang Gamat dan Timun Laut.

     Masih bertapak teguh, Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim kini adalah merupakan penyelidik utama mengenai pembiakan Timun Laut di bawah Geran TechnoFund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan beliau sedang berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang. Sebelum ini Prof. Dr. Ridzwan juga pernah mengetuai Geran IRPA RMK ke 7  mengenai Timun Laut di perairan Malaysia di bawah Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTE).




      Hasil penyelidikan beliau dan rakan-rakan mendapati “Gamat Emas” kaya dengan kandungan protein melebihi 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2% lemak kasar. Lebih memberangsangkan turut mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berkhasiat antaranya asid amino dan asid lemak perlu, vitamin, mineral dan sebagainya.

     “Gamat Emas” sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu

  • mencegah penyakit jantung
  • mengurangkan keradangan
  • penahan sakit
  • mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi
  • mengurangkan sakit sendi
  • meredakan ulser dan gastrik
  • serta berpotensi merawat jangkitan kulit
  • mengandungi  antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.


     Menyedari hakikat kebaikan Gamat yang terlalu luas dan universal maka kami di GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama ‘GAMATEMAS’ khusus untuk anda!



 PRODUK GESB
Gamat Emas Sdn. Bhd. telah menghasilkan produk-produk kesihatan bermutu tinggi sejak tahun 1999. Produk-produk adalah hasil daripada kajian saintifik dan juga ramuan tradisional sejak turun-temurun.

Rangkaian produk yang luas akan memberikan kesejahteraan kepada diri anda dari dalam dan luar.

Produk GESB terdiri dari 4 kategori produk di bawah:



 Produk Kesejahteraan

Produk Kesejahteraan
Produk Kecantikan


Produk Gaya Hidup



Maklumat Lanjut
Pn. Rohani - 010 539 8322
Duta GESB

No comments:

Post a Comment