Darah Tinggi

Manual Rawatan Gamatemas

Darah Tinggi
Written by Konsultant Kesihatan GESB   

Penyakit darah tinggi atau hipertensi mempunyai banyak sebab. Antara yang utama disebabkan oleh salurdarah yang tersumbat. Ia boleh menjurus kepada masalah buah pinggang, jantung, stroke (angin akhmar), rabun penglihatan dll. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor. Ubat darah tinggi janganlah ditinggalkan kecuali dengan nasihat doktor. Anda turut digalakkan untuk mengelakkan makanan yang masin dan berlemak. Lakukan senaman secukupnya dan berhenti merokok di samping mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Elakkan keadaan stress.
Gamat memiliki kesan vasodilatasi atau mengembangkan salurdarah. Ini memberi kesan positif kepada pesakit hipertensi yang serasi. Ia nya turut melancarkan aliran darah di samping mengurangkan masalah penyumbatan salurdarah dan pembentukan darah beku yang juga boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Disebabkan penyakit darah tinggi ini merupakan satu proses yang mengambil masa bertahun lamanya sebelum ianya dapat dikesan, penurunan tekanan darah juga kadangkala memerlukan pengamalan produk untuk beberapa minggu jangka masanya.
C3 Spirulina mempunyai kesan mengawal kolesterol dan kesan antioksidan yang kuat untuk menghindari masalah kardiovascular seperti hipertensi. Bio-H turut membantu dengan menstabilkan tekanan darah.
Disyorkan :
  • Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Turut di bantu oleh C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Bio-H 1-2 paket makan malam sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)                        
                                                                                                                                             
Keterangan Lanjut,

PN ROHANI - 011 63518322
DUTA GESB                       

Stroke

Angin Ahmar (Stroke)
Written by Konsultan Kesihatan GESB   

Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat melumpuhkan separuh badan (hemiplegia/hemiparesis). Ia sering disebabkan oleh penyumbatan salurdarah di otak disebabkan proses artherosclerosis (pengumpulan lemak dan bahan asing yang menyumbat salurdarah) atau embolus (darah beku). Ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalam otak (cerebral hemorrhage) yang kerap disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi.
Pesakit stroke perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Ubat dan rawatan fisioterapi jangan ditinggalkan. Galakkan pergerakan pada bahagian yang lumpuh. Ini untuk mengelakkan dari pengecutan otot yg menjadi kecil jika lama tidak digunakan (muscular atrophy). Urutan juga dapat membantu.
Gamat memberi kesan vasodilatasi iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping nutrien dan vitamin, gamat membantu meningkatkan metabolisme badan yang dapat membantu memulihkan tenaga dan memberi selera kepada pesakit. Ia turut membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan menurut hipotesis ia mempunyai kesan ‘nerve growth factor’ iaitu membantu memulihkan penumbuhan tisu saraf yang rosak. Ia juga mempunyai kesan mencairkan darah (kesan antithrombotik) untuk mengelakkan darah beku yang boleh menyumbatkan salurdarah. Manakala HGH pula turut merangsang pemulihan tisu di samping meningkatkan aliran darah dan metabolisme yg diperlukan bagi penyembuhan. C3 spirulina yg mengandungi kandungan nutrien yg menyeluruh melengkapkan keperluan nutrisi bagi pesakit stroke yg kebiasaan tidak dapat makan dengan sempurna. Zat ini penting menjadi bahanbina untuk memulihkan kerosakan tisu saraf dan otak.
Disyorkan :
  • Pati Gamat Plus/Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-B 1 paket 2 kali sehari
    (Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)
  • Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Minyak Linimen eMas - boleh digunakan pada bahagian yang sengal
  • Krim Gamat eMas - boleh disapu kepada bahagian tubuh yang merah disebabkan oleh tekanan seperti di punggung dan belakang badan
  • Losyen eMas - boleh membantu supaya kulit tidak kekeringan dan mudah pecah


Keterangan Lanjut,
PN ROHANI - 011 63518322
DUTA GESB












Gemuk

GEMUK
Written by Konsultan Kesihatan GESB

Gemuk atau obesiti boleh memberi pelbagai kesan, terutamanya dari segi ketrampilan diri dan juga penyakit contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, masalah sendi/athritis, sukar mendapat anak, batu karang hempedu dll. Penjagaan pemakanan dan senaman memainkan peranan penting untuk menguruskan badan.
Gamat meningkatkan metabolisme badan dan dapat membakar lemak. Plantago ovata pula boleh mengurangkan kolesterol dalam darah di samping membuang lemak di dalam usus (tanpa menyebabkan cirit-birit). Phenylalanine di dalam C3 Spirulina pula boleh membantu mengurangkan selera sementara spirulina membekalkan nutriens seimbang yang diperlukan badan apabila menjalani proses diet. Di samping itu, mengimbangkan paras HGH di dalam darah juga membantu mengelakkan dari proses pengumpulan lemak secara semulajadi di bahagian tertentu badan apabila usia meningkat.
GESB menyediakan produk khusus bagi mereka yg ingin melangsingkan badan dengan cara yg sihat. Beautreme ialah sejenis pemakanan bernutrisi yang diformulasikan khusus mengandungi kandungan semulajadi iaitu ekstrak Phaseolus vulgaris, CLA (Conjugated Linoleic Acid), L-Carnitine, Garcinia cambogia, Lesitin, Protein soya, Isolate, Protein Whey Hyrolysate, Oat, vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Asid folik, Kuprum, Kromium, Magnesium, Kalsium, Selenium, Potassium dan Zink sebagai bahan aktif. Kombinasi bahan semulajadi ini membuatkan agar badan membakar lemak secara berkesan, mengurangkan penyimpanan lemak dan juga mengurangkan selera makan. Ia juga diperkayakan dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak dengan lebih efektif. Kandungan multivitamin dan garam galian pula melengkapkan keperluan badan bagi zat-zat yang diperlukan bagi kesihatan badan yang sempurna.
Bioseed 1 paket 3 kali sehari. Diambil 1 paket pagi setengah jam sebelum makan pagi. Amalkan buahan atau serat (seperti cornflakes atau oats) sebagai sarapan. Minum 2 gelas air kosong. 1 paket lagi setengah jam sebelum makan tengahari. Amalkan memakan sayuran dan ikan sebagai makan tengahari (jika lapar). Anda akan terasa kekenyangan selepas memakan Bioseed. Elakkan dari memakan karbohidrat dan lemak. Lakukan senaman pada waktu petang sekurang-kurangnya 30 minit sehari. 1 paket terakhir diambil setengah jam sebelum makan malam. Amalkan diet seperti makan tengah hari tadi. Minum air secukupnya (sekurang-kurang 8 gelas sehari). Elakkan dari sebarang minuman manis, berperisa atau bertin. Lebihkan serat dan elakkan dari makanan berlemak (telur, minyak, santan, daging terutamanya kambing, kuih muih/kek/cokelat dan aiskrim).
Disyorkan :
  • Beautreme 1 paket diambil 5 minit sebelum makan tengahari dan malam. Gunakan sekurang-kurangnya 2 paket sehari. Seandainya pada peringkat awal mengamalkan produk ini dan anda masih berasa lapar, anda boleh juga mengambil 1-2 paket Beautreme diantara waktu malam. Sila rujuk buku manual Beautreme bagi kaedah pelangsingan badan yang lengkap
  • Bioseed 1 paket 3 kali sehari
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi, tengahari dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-H 1-2 paket sebelum tidur (untuk dapatkan kesan optima) dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Linesse disapukan pada bahagian tubuh yang berlemak untuk mendapatkan bentuk badan yang dikehendaki

Keterangan Lanjut,
PN ROHANI - 011 63518322
DUTA GESB


Kencing Manis

Kencing Manis
Written by Konsultan Kesihatan GESB   

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis komplikasi seperti kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke, buta dll. Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting. Tanda-tanda awal seseorang menghidapi kencing manis ialah kerap dahaga, kerap kencing, menjadi kurus, sentiasa letih, gatal-gatal badan dan sering terjadi bisul. Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah.
Gamat ditunjukkan memberi kesan positif kepada pesakit kencing manis. Kepada mereka yang serasi, keberkesanan gamat cukup menyerlah. Ia dapat melebarkan salur darah yang tersumbat dan membaik pulih masalah dalaman. Luka mudah sembuh jika dijaga dengan teliti. C3 Spirulina pula mengandungi Vit B6, Magnesium dan zink yang membantu mengelakkan kerosakan sel-sel pankreas. Koenzim Q10 juga melindungi pankreas dari proses oksidasi di samping memberi kesan yang positif untuk menurunkan paras gula. Perlu diingatkan di sini, ubat doktor janganlah ditinggalkan. Jika anda mencuba produk kami, dapatkan rawatan ulangan dengan doktor anda dengan lebih kerap. Sekiranya paras gula anda menurun, doktor anda akan sendirinya menurunkan dosis ubat kencing manis anda. Dan jangan lupa untuk bersenam.
Disyorkan :
  • Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina 2 sudu besar 3 kali sehari (dos mengikut tahap serius penyakit)
    (2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Gel Gamat eMas disapukan ke luka 3 kali sehari (luka basah)
  • Jika perlu sesekali semburkan dengan Minyak Linimen eMas
  • Buih Mandian boleh dibuat sebagai pencuci luka


Keterangan Lanjut,
PN ROHANI - 011 63518322
DUTA GESB

    PRODUK UNTUK KAUM WANITA

    FEMMINA
    Femmina
    FEMMINA
    Kod : 500Harga/Price
    (Runcit)
    Harga/Price
    (Ahli)
    BV
    WMRM80.00RM68.0025
    EMRM85.00RM73.00
    Kandungan : 60 Kapsul Sayuran
    WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur

    Soalan Lazim Femmina
    Femmina ialah sejenis pemakanan tambahan unik yang menggabungkan formulasi terkini terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia) dan Asparagus racemosus (India).
    Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus wanita seperti payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi.
    Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid seperti mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj dan kencing tidak terkawal, menghindari perubahan mood, mengembalikan fungsi dan keinginan seksual, melindungi dari osteoporosis dan mencantikkan kulit.

    Phyto bermaksud tumbuhan. Ianya selamat dan memiliki pelbagai khasiat kesihatan. Kesan awet mudanya akan menyerlah dan menyerikan sifat-sifat kewanitaan pengamalnya di samping memastikan kecantikan kulit sentiasa terpelihara.


    Keterangan Lanjut,
    PN ROHANI - 011 63518322
    DUTA GESB