KEKAL SIHAT BERSAMA GAMATEMAS.

Makan Secara Sihat dan Kekal Aktif Setiap Hari !


Apakah faedahnya sekiranya kita mengamalkan Gaya Hidup Sihat? Makan makanan bernutrisi mengikut saranan piramid makanan berserta aktiviti fizikal secukupnya yang sesuai dengan kapasiti tubuh badan. Sebagai ganjarannya kita bakal memperoleh status kesihatan yang terbaik, kurang berisiko terhadap penyakit, berat badan yang ideal, penampilan menarik & emosi yang sihat, stamina yang tinggi serta tulang & otot yang kuat.
Kekal Aktif. Merupakan suatu langkah kepada tahap kesihatan yang unggul dan berat badan ideal. Senaman yang kerap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30-60 minit membantu menjauhkan diri anda dari risiko memperoleh penyakit kronik. Di samping itu, berat badan akan sentiasa terkawal malah menambahkan lagi keyakinan anda terhadap penampilan diri. Pilih jenis dan intensiti senaman yang sesuai dengan anda. Mulakan dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila tubuh terasa semakin cergas.
Makan Secara Sihat dimana mengandungi kesemua jenis kumpulan makanan dan kuantiti yang bersesuaian dengan keperluan kalori tubuh anda. Elakkan dan hadkan pengambilan makanan dan minuman berkalori tinggi, berlemak, manis, masin seperti kek dan pastri, coklat dan gula-gula, biskut dan wafer, donut dan mufin, ais krim, kentang goreng, makanan ringan, alkohol, minuman bergas, minuman berperisa dan minuman manis sama ada sejuk mahupun panas.
Baca Label. Sentiasa membaca ’Fakta Nutrisi’ yang terdapat pada label bungkusan makanan dan minuman sebagai panduan kepada pemilihan produk yang mengandungi kurang lemak, lemak tepu, lemak trans, gula dan sodium. Ini kerana setiap kalori yang tersenarai bagi setiap nutrien yang terkandung boleh membantu anda mengawal pengambilan kalori keseluruhan bagi tubuh anda setiap hari. Perlu diingat bahawa, pengambilan kalori yang melebihi keperluan harian tubuh akan tersimpan sebagai lemak!

Mulakan Langkah hari ini!

  1. Sentiasa bersarapan setiap pagi. Bersarapan membantu mengurangkan rasa lapar dan mencegah anda makan berlebihan ketika makan tengahari. Tanpa sarapan menyebabkan kandungan gula darah menjadi rendah pada waktu pagi lantas mencetuskan pelbagai keadaan seperti pening, pitam akibat otak yang kekurangan bekalan glukosa serta badan turut terasa lesu. Tingkatkan semangat dan tenaga anda setiap pagi dengan bersarapan.
  2. Banyakkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki. Elak menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Dalam masa yang sama dapat menguatkan otot kaki dan meningkatkan metabolisma tubuh. Tambahan pula kepada mereka yang bekerja di pejabat dimana lebih banyak duduk berbanding berdiri. Luangkan sedikit masa berjalan-jalan sambil meregangkan otot.
  3. Ambil sayur-sayuran bagi setiap hidangan makanan dan jadikan buah-buahan sebagai snek ketika anda lapar.
  4. Luangkan sedikit masa untuk menghiburkan diri anda seperti menonton televisyen dan bermain permainan komputer. Elakkan diri dari terlalu stress kerana stress boleh meningkatkan rembesan hormon kortisol yang menjejaskan kesihatan anda.
  5. Nikmati makanan anda dan jangan gopoh semasa makan. Secara tidak langsung dapat membantu proses penghadaman agar lebih lancar.
  6. Banyakkan minum air kosong kerana air amat penting dalam setiap tindak balas biokimia tubuh selain meningkatkan metabolisma anda dalam membakar lemak.
  7. Lengkapkan keperluan nutrisi harian anda dengan ’Makanan Tambahan’ dari produk-produk Gamat Emas Sdn Bhd untuk memastikan tubuh memperoleh semua zat gizi yang diperlukan disamping dapat menyingkirkan toksin dan sebagai penyembuhan dalaman badan.                                                                                                                                                                               


Keterangan Lanjut,
PN ROHANI - 011 63518322
DUTA GESB



No comments:

Post a Comment