Pengenalan Manual Kesihatan Dan Rawatan
Rawatan Alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas untuk
diperhalusi. Gamat, antaranya merupakan satu produk alternatif
tradisional yang telah digunakan sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat
yang busuk baunya itu telah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sehingga kini masih lagi digunakan
secara meluas walaupun bau air masih tetap busuk. Kenapa? Ini
disebabkan masyarakat kita sememangnya mempercayai dan memperakui bahawa
air gamat itu berkesan dari segi rawatan dan penyembuhan.
Perkembangan teknologi moden kini telah menular mempengaruhi produk-produk tradisional. Syarikat Gamat Emas Sdn Bhd. tidak
ketinggalan bagi memainkan peranan untuk memertabatkan produk
kebanggaan kita. Gamat eMas menjanjikan satu kelainan pada produk gamat
yang dipasarkannya. Inisiatif untuk menjalinkan usahasama dengan
universiti tempatan dan SIRIM Bhd. merupakan langkah kami untuk
memastikan keberkesanan pada formulasi dan kualiti pada produk kami.
Mungkin timbul persoalan mengapa pihak syarikat memilih gamat untuk
diketengahkan kerana terlalu banyak produk gamat sekarang di pasaran.
Kami di Gamatemas sentiasa menitikberatkan ketulinan ekstrak gamat yang
diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Horren Selenka agar
keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan kajian (R & D)
yang dijalankan dari masa ke semasa, kewibawaan produk di bawah jenama Gamatemas pasti tidak akan tercabar. "Keunggulan tanpa keraguan" akan dijadikan
tonggak kepada semua produk yang dihasilkan oleh Gamatemas Sdn Bhd.
Dan kami percaya gamat merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai
terapeutik universal yang terlalu berharga untuk tidak dikongsikan
bersama dengan para pengguna sekelian.
PERINGATAN PENTING
Penyelidikan tentang Gamat telah di jalankan sejak tahun 1983 lagi
dipelopori oleh Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim dari UKM. Manual ini di
ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian makmal dan testimonial
yang didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan penggunaan produk
Gamatemas sementara menunggu data-data klinikal yang lebih terperinci
di masa hadapan. Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam
mengikhtiarkan Rawatan Alternatif berasaskan Gamat.
Penulis tidak menjanjikan jaminan kepada syor yang diberi kerana setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt kita bertawakkal.
KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)
Anda
baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau
merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun, pada peringkat
permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda
pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh
itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan
yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan
kesihatan.
Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni
pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan
tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat
permulaan termasuklah :
- sakit atau pening kepala
- ruam kulit
- bisul atau kudis
- sembelit
- cirit birit
- perut berangin
- letih atau kepenatan
- berdebar
- cepat marah
- selsema atau batuk (kahak yang banyak)
- demam
- ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.
Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan
yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali
sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas. Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan.
Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan
metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di
serata badan. Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan
sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian
atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di
sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul.
Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang
ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus,
perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan
dari toksid yang terkumpul. Dan kesan pemulihan juga semakin ketara
apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di
dalam tubuh badan manusia.
Simptom
kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan
permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan.
Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun bagi
badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini
mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan
dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari
penyakit degeneratif yang mungkin akan di idapi di masa akan datang.
Apabila
berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali
mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu
proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan
lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap
kembali di bahagian tisu konektif. Dan yang paling penting, janganlah
memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu
anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :
- Mendapat
rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala
pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk
membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.
- Minum
air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa
toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun
najis.
- Elakkan
makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika
proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang
optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi
menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan
tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.
- Makan
makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi
keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan
mengeluarkannya.
- Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.
- Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
- Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.
- Berus
kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang
sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
- Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.
Sebagai
kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya
merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya
merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan
sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil
ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang
bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya
akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.
Maklumat Lanjut
Pn. Rohani - 011 63518322
DUTA GESB