Kelulusan KKM @ MAL
Produk Yang Mempunyai MAL
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Produk
yang diklafikasikan sebagai 'MAKANAN' dan telah mendapat kelulusan
dari Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan
Malaysia Di Bawah Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985.
|
Pengiktirafan Sijil Halal
Produk
Gamat êMas tidak perlu diragui lagi akan kesucian dan
kebersihannya kerana ianya telah mendapat Sijil
Pengesahan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Oleh itu, bagi pengguna Muslim khususnya tidak
perlu lagi meragui akan kesucian produk Gamat êMas ini. Samada
produk penggunaan luaran mahupun untuk dimakan telah mendapat
pengesahan Halal.
|
Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk produk Gamat eMas |
Lesen Perniagaan
Gamat
éMas merupakan antara syarikat yang mendapat kelayakan
untuk pembaharuan lesen perniagaan selama 5 tahun yang
jarang-jarang diperolehi oleh syarikat MLM tempatan. Ini
menunjukkan kesungguhan kerajaan memberi sokongan kepada
syarikat seperti Gamat éMas sebagai sebuah syarikat
Bumiputra yang mengeluarkan produk tempatan dan berasaskan bahan
asas tempatan iaitu Gamat Emas.
| ||||||
|
Kilang Bertaraf GMP
Produk keluaran Gamat êMas yang bermutu tinggi dan terkawal akan kebersihannya dihasilkan dari kilang yang berteraskan GMP (Good Manufacturing Practice) yang mana telah mendapat pengiktirafan sedunia. Syarikat yang berteraskan GMP semestinya akan menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi dimana menyeliaan kilangnya adalah amat ketat dan terjamin akan kebersihannya.
|
Gambar diatas menunjukkan cara berpakaian dan dan peralatan canggih yang digunakan dalam kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) |
Prof Dr. Ridzwan Hashim
Profesor Dr. Haji Ridzwan Haji Hashim P.M.K dilahirkan
pada 3 Mei 1951 di Nipah Bachok, Kelantan. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas,
Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada tahun 1969 dan di peringkat Diploma dalam bidang Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya, Serdang pada tahun 1969. Beliau memperoleh Ijazah Pertama dari Louisiana State University pada tahun 1974 dan seterusnya Ijazah Sarjana dari University of Arkansas, USA (1975-1976) dan kembali berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam bidang Fisiologi dan
Farmakologi di Universiti Of Strathclyde dan
dianugerahkan Doktor Falsafah di universiti yang sama
pada tahun 1982. Namun, sumbangan beliau yang paling penting
serta penuh bermakna kepada rakyat Malaysia dan pembangunan
ekonomi negara ialah di dalam penyelidikan
tentang Timun Laut dan Gamat yang telah bermula seawal
tahun 1983. Penemuan Gamat Emas (Stichopus hermanii)
iaitu antara spesies terbaik gamat adalah salah satu
penemuan penting yang pernah dikemukakan oleh beliau sepanjang
penyelidikan tersebut.
Prof. Dr. Ridzwan Hashim kini bertugas sebagai Dekan di Kulliyyah of Science, di Universiti Islam Antarabangsa,
Kampus Kuantan, Pahang. Sebagai penyelidik, pensyarah
dan penyelia pelajar-pelajar peringkat Doktor Falsafah,
Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda, beliau juga merupakan
penulis pelbagai buku dan makalah-makalah serta jurnal-jurnal
ilmiah. Sungguh membanggakan, hasil kajian
beliau yang dimuatkan dalam buku Sumber Makanan
Persisiran Laut Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1993 sehingga kini menjadi rujukan utama para penyelidik
dan individu yang terlibat dalam kajian kehidupan laut di
Malaysia.
Prof. Dr. Ridzwan yang sering diundang membentangkan kertas-kertas penyelidikan ke persidangan-persidangan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa juga sering ke udara dalam program TV3 dan RTM
seperti Rancangan Bincang Petang, beberapa dokumentari,
serta akhbar utama tempatan dan majalah, selain sering
dirujuk sebagai penasihat pembikinan dan penggambaran dokumentari tentang Gamat dan Timun Laut di Malaysia.
Di
atas komitmen yang tidak berbelah bagi dan minat yang cukup mendalam
dalam kehidupan laut dan penyelidikan marin, Prof.
Dr. Ridzwan Hashim telah diberi kepercayaan untuk
mengetuai sekumpulan penyelidik dengan bantuan geran IRPA
(Kementerian Sains dan Teknologi-1997).
Hasil
kajian beliau mengenai penghasilan Gamat di dalam
sangkar khas telah menerima pengiktirafan dalam The
Malaysian Book of Record, Edisi New Millenium 2000 sehingga
diiktiraf sebagai penternak timun laut pertama di Malaysia.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kajian & Penyelidikan
Hasil kajian beliau dan rakan penyelidik berjaya menyerlahkan potensi gamat dalam mambantu:
- Mencegah darah beku dan sumbatan salur darah sekaligus mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
- Mengembangkan saluran darah seterusnya dapat menolong menstabilkan tekanan darah serta melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
- Mengatasi masalah alahan seperti resdung, ruam serta lelah
- Mengurangkan rasa sakit atau penahan sakit (anti-nosiseptif)
- Kandungan bahan aktif seperti asid amino, asid lemak perlu, vitamin, mineral, kolagen malah glukosaminoglikan didapati membantu mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalama
- Mencantikkan kulit dan awet muda
- Perlindungan antioksidan
- Menguatkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan kuman
- Mengurangkan inflamasi, keradangan serta menyurutkan bengkak
- Menguatkan sendi, ligamen dan otot
- Meningkatkan metabolisma dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan
- Mengawal paras gula darah
- Merawat jangkitan kulat/ fungus seperti panau dan kurap
Memandangkan pengunaan Gamat terlalu meluas dalam masyarakat dahulu mahupun sekarang, tambahan pula kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan membuktikan bahawa Gamat bukanlah suatu khazanah alam yang patut kita abaikan sebaliknya harus dihargai dan dikomersialkan sebagai suatu anugerah yang tidak ternilai. Maka dengan itu, Gamat Emas Sdn Bhd sentiasa berusaha mengembangkan rangkaian produk-produk berasaskan ekstrak Stichopus horrens Selenka untuk kegunaan harian sama ada bagi tujuan kesihatan, kecantikan mahupun kecergasan.
No comments:
Post a Comment