Krisis Pemulihan (Healing Krisis)

Pengenalan Manual Kesihatan Dan Rawatan
Rawatan Alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas untuk diperhalusi. Gamat, antaranya merupakan satu produk alternatif tradisional yang telah digunakan sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat yang busuk baunya itu telah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sehingga kini masih lagi digunakan secara meluas walaupun bau air masih tetap busuk. Kenapa? Ini disebabkan masyarakat kita sememangnya mempercayai dan memperakui bahawa air gamat itu berkesan dari segi rawatan dan penyembuhan.

Perkembangan teknologi moden kini telah menular mempengaruhi produk-produk tradisional. Syarikat Gamat Emas Sdn Bhd. tidak ketinggalan bagi memainkan peranan untuk memertabatkan produk kebanggaan kita. Gamat eMas menjanjikan satu kelainan pada produk gamat yang dipasarkannya. Inisiatif untuk menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan dan SIRIM Bhd. merupakan langkah kami untuk memastikan keberkesanan pada formulasi dan kualiti pada produk kami.

Mungkin timbul persoalan mengapa pihak syarikat memilih gamat untuk diketengahkan kerana terlalu banyak produk gamat sekarang di pasaran. Kami di Gamatemas sentiasa menitikberatkan ketulinan ekstrak gamat yang diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Horren Selenka agar keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan kajian (R & D) yang dijalankan dari masa ke semasa, kewibawaan produk di bawah jenama Gamatemas pasti tidak akan tercabar. "Keunggulan tanpa keraguan" akan dijadikan tonggak kepada semua produk yang dihasilkan oleh Gamatemas Sdn Bhd. Dan kami percaya gamat merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai terapeutik universal yang terlalu berharga untuk tidak dikongsikan bersama dengan para pengguna sekelian.

PERINGATAN PENTING
Penyelidikan tentang Gamat telah di jalankan sejak tahun 1983 lagi dipelopori oleh Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim dari UKM. Manual ini di ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian makmal dan testimonial yang didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan penggunaan produk Gamatemas sementara menunggu data-data klinikal yang lebih terperinci di masa hadapan. Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam mengikhtiarkan Rawatan Alternatif berasaskan Gamat.
Penulis tidak menjanjikan jaminan kepada syor yang diberi kerana setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt kita bertawakkal.


KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)

 Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun, pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.


Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :
  • sakit atau pening kepala
  • ruam kulit
  • bisul atau kudis
  • sembelit
  • cirit birit
  • perut berangin
  • letih atau kepenatan
  • berdebar
  • cepat marah
  • selsema atau batuk (kahak yang banyak)
  • demam
  • ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.
Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas. Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan. Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan. Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul. Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul. Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan manusia.
Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan di idapi di masa akan datang.
Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif. Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :
  1. Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.
  2. Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.
  3. Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.
  4. Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
  5. Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.
  6. Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
  7. Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.
  8. Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
  9. Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.
Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.



Maklumat Lanjut
Pn. Rohani - 011 63518322
DUTA GESB


No comments:

Post a Comment