Written by Perunding GESB | |
Anemia
adalah sejenis keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah.
Ini jangan dikelirukan dengan tekanan darah rendah atau hipotensi.
Kebiasaannya di klinik keadaan ini akan diukur dengan melihat kandungan
Hb (hemoglobin) untuk menentukan tahap kandungan darah seseorang. Antara
tanda seorang itu mengidap anemia ialah pucat (lihat di bawah kelopak
mata), keletihan, kurang selera makan, sakit kepala, jantung berdebar
dan sesak nafas. Kebiasaannya anemia di sebabkan oleh pendarahan spt
ulser perut, buasir, haid yang terlalu banyak dan panjang tempohnya dan
kecederaan. Manakala sebab yang lain ialah kekurangan zat pemakanan
(terutamanya orang berumur yang memakan makanan tidak seimbang dan
masalah parasit/cacing dalam usus), sakit buah pinggang kronik, kanser,
sakit hati, masalah thyroid dan sebab-sebab yang jarang berlaku spt
kegagalan sum sum tulang, thalasemia, sideroblastic anemia dll.
Pemeriksaan
lengkap oleh doktor perlulah dilakukan untuk mengenalpasti punca anemia
itu sebenarnya dan untuk mendapat rawatan. Dari sudut alternatif juga
perlu melihat punca anemia yang mana spt ulser atau buasir boleh lah di
syorkan rawatan yang berkenaan (rujuk topik berkenaan). Manakala secara
amnya bolehlah di syorkan pemakanan kesihatan yang mengandungi kandungan
zat besi, asid folik dan vitamin B12 untuk membantu pembinaan sel darah
merah. C3 spirulina dapat membantu memandangkan ia kaya dengan nutrien
yang diperlukan untuk pembinaan sel darah merah disamping klorofil yang
turut mempunyai struktur molekul menyamai hemoglobin. Gamat juga
menguatkan lagi pembinaan darah di sebabkan oleh potensi faktor
penumbuhan sel dan kandungan nutriennya. Kesan gamat melancarkan
pengaliran darah boleh membantu mengatasi simtom anemia.
Disyorkan :
Keterangan Lanjut,
PN ROHANI - 011 63518322 DUTA GESB |
Agen Ezibiz Gamatemas menjual pelbagai produk berkualiti, halal dan suci(berasaskan gamat) keluaran Syarikat Gamat Emas Sdn Bhd (GESB), sebuah syarikat Bumiputera 100%.
2. Anemia / Kekurangan Darah dan Rawatannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment