Kajian & Penyelidikan

Konsultan syarikat pengeluar produk kesihatan Gamat Emas Sdn Bhd, prof. Dr. Hj. Ridzwan bin Hashim yang kini berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang merupakan Pakar Penyelidik Mentimun Laut yang terulung di Malaysia. Sebagai seorang pelopor penyelidikan Mentimun Laut, beliau sentiasa menjalankan kajian dan penyelidikan terkini dan berterusan dalam mengenengahkan potensi Gamat sebagai agen terapeutik bagi membantu pelbagai permasalahan kesihatan. Sungguh membanggakan, nama beliau pernah tercatat di dalam ‘The Malaysia Book of Records New Millennium 2000’ sebagai penternak Mentimun Laut pertama di dalam sangkar di Malaysia.
Hasil kajian beliau dan rakan penyelidik berjaya menyerlahkan potensi Gamat dalam MEMBANTU :
  •  Mencegah darah beku dan sumbatan salur darah sekaligus mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
  • Mengembangkan saluran darah seterusnya dapat menolong menstabilkan tekanan darah serta melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
  •  Mengatasi masalah alahan seperti resdung, ruam serta lelah
  •  Mengurangkan rasa sakit atau penahan sakit (anti-nosiseptif)
  •  Kandungan bahan aktif seperti asid amino, asid lemak perlu, vitamin, mineral, kolagen malah glukosaminoglikan didapati membantu mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalama
  •  Mencantikkan kulit dan awet muda
  •  Perlindungan antioksidan
  •  Menguatkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan kuman
  • Mengurangkan inflamasi, keradangan serta menyurutkan bengkak
  • Menguatkan sendi, ligamen dan otot
  • Meningkatkan metabolisma dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan
  • Mengawal paras gula darah
  • Merawat jangkitan kulat/ fungus seperti panau dan kurap
Gamat dari genus Stichopus adalah merupakan famili Mentimun Laut. Antara genus Mentimun Laut lainnya adalah seperti Holothuria, Bohadschia, Actinopyga, Rhizophora, Carapa, dan banyak lagi. Di Perairan Malaysia terdapat 9 spesies Gamat (genus Stichopus). Dan spesies Gamat Stichopus horrens Selenka (dahulunya dikenalpasti dengan Stichopus hermanii) atau nama jolokan “Gamat Emas” merupakan antara spesies terbaik Gamat yang telah dibuktikan mempunyai faedah terhadap kesihatan yang begitu luas sepertimana yang disebutkan diatas.
Memandangkan pengunaan Gamat terlalu meluas dalam masyarakat dahulu mahupun sekarang, tambahan pula kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan membuktikan bahawa Gamat bukanlah suatu khazanah alam yang patut kita abaikan sebaliknya harus dihargai dan dikomersialkan sebagai suatu anugerah yang tidak ternilai. Maka dengan itu, Gamat Emas Sdn Bhd sentiasa berusaha mengembangkan rangkaian produk-produk berasaskan ekstrak Stichopus horrens Selenka untuk kegunaan harian sama ada bagi tujuan kesihatan, kecantikan mahupun kecergasan.



Keterangan Lanjut,
PN. ROHANI - 011 63518322  

(DUTA GESB)




No comments:

Post a Comment